5 Jenis Jerawat di Wajah



Assalaamualaikum…Hai!

Jerawat terhasil antaranya disebabkan oleh kadar hormon testosteron yang meningkat dan mengakibatkan kelenjar minyak di wajah mengeluarkan minyak secara berlebihan. Ini menyebabkan pori-pori muka tersumbat, dan terjadinya jerawat.

Selain hormon testosteron, hormon estrogen juga terkait dengan pembentukan jerawat apabila kadar estrogen terlalu rendah, kebiasaanya sewaktu period ataupun bersukan.

Terdapat dua (2) jenis jerawat wajah iaitu jerawat tanpa keradangan dan jerawat keradangan kulit seperti bintik putih “whitehead’ dan bintik hitam “blackhead”, dan satu lagi adalah jerawat keradangan kulit yang biasanya mengandungi nanah. Terdapat tiga (3) jenis jerawat yang menyebabkan keradangan iaitu “papule”, “pustule” dan “nodule”.

                                    image from https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/sihat-bergaya/jom-kenal-pasti-jenis-jerawat/


Jerawat tanpa keradangan – sebelum terbentuknya jerawat, “whitehead” dan “blackhead” ini akan terjadi dahulu.

Bintik putih whitehead

Sebelum terbentuknya jerawat, minyak yang berlebihan di wajah dan sel-sel mati yang terkumpul akan menyebabkan pori-pori muka tersumbat. Pori-pori muka yang tersumbat ini dinamakan whitehead sebab ianya adalah benjolan kecil berwarna putih.

Selalunya whitehead terhasil di bahagian wajah yang selalu bergesel seperti dagu dan rahang muka. Whitehead juga kita panggil jerawat nasi sebab dia kecik-kecik kan, kat muka tu.

Bintik hitam blackhead

Blackhead pula terjadi apabila whitehead tidak dibersihkan atau dibuang. Blackhead ini adalah whitehead yang naik ke permukaan kulit. Ia juga berwarna hitam sebab pigmen kulit yang meningkat.

Sebab itu, kita akan nampak bintik-bintik hitam di permukaan wajah kita.


Jerawat yang menyebabkan keradangan

“Papule”

Papule ni adalah benjolan kecil berwana kemerah-merah pada kulit. Apabila pori-pori wajah kita terus tersumbat dimana minyak, bakteria dan sel-sel kulit mati terus berkumpul, lama kelamaan keradangan akan terjadi. Keradangan ini terjadi apabila trio ini terus terperangkap dan mula menyebar ke kawasan sekitar. Sebab itu, papule ni biasanya muncul jika whitehead dan blackhead dibiarkan begitu sahaja, tidak dirawat.

“Pustule”

Jerawat pustule ini merupakan benjolan jerawat yang lebih besar dan merah, jika dibandingkan dengan papule. Isi jerawat pustule juga dipenuhi dengan nanah di mana nanah tersebut menghala ke satu titik di kulit yang membentuk pusat kecil berwarna putih (nanah).

Pustule dan papule biasanya akan berkumpul dan timbul bersama di permukaan kulit. Elakkan diri dari memicit jerawat jenis ini sebab jerawat ini sudah meradang. Jika dipicit, ianya akan meninggalkan kesan/bekas jerawat yang susah nak hilang.

“Nodule”

Jerawat nodule ni sejenis jerawat keradangan dalam kategori yang serius. Nodule ini sebenarnya sama sahaja dengan jerawat yang lain. Tetapi, jerawat jenis ini selalunya sudah meradang hingga ke lapisan kulit lebih dalam, dan menjadi benjolan yang keras dan lebih besar.

Jerawat jenis nodule ini akan mengambil masa yang lama untuk hilang dan boleh menyumbang kepada kulit berlubang.

Jadi, sangat penting kan, untuk kita memastikan kebersihan wajah kita? Sebab dari sekecil-kecil whitehead dan blackhead itu, boleh merebak dan meradang sehingga menjadi nodule.


Jadi, anda dah tau jenis-jenis jerawat kan? Anda juga boleh baca tentang 5 punca yang boleh menyebabkan jerawat di sini.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee yang dapat membantu masalah jerawat? 

                                                             

                                                             Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certifies Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)


Post a Comment

0 Comments