Cara Kurus dengan Detox Lemon

 

Assalaamualaikum…hai!

Detox lemon dengan minum air lemon memang terkenal di kalangan mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Mengapa? Ini kerana:

Lemon mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi

Buah lemon terkenal dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, selain buah oren. Vitamin C ini memang terbaik kerana mempunyai antioksidan yang tinggi, yang dapat menghalang radikal-radikal bebas daripada memasuki tubuh badan kita.

Membersihkan sistem pencernaan

Detox lemon juga dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan membuatnya berfungsi dengan lancar. Senang lawas, kata orang.

Membantu membakar lemak dalam badan

Selain itu, minum air lemon pada waktu pagi dapat membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Ia dapat meningkatkan metabolisma tubuh lantas membantu dalam penurunan berat badan.

Cara detox lemon yang betul

 

Rendam lemon dalam air tanpa gula

Buah lemon boleh dihiris dan direndam di dalam air, dan minum. Semudah itu 😊 Ia elok diminum begitu sahaja tanpa ditambah gula. Iyalah, nak kurus kan..haruslah tanpa gula 😛

Rendam lemon dengan kulit

Kulit buah lemon mempunyai flavonoid yang tinggi yang membantu penyerapan yang lebih baik. Jadi, untuk mendapat khasiat buah lemon yang maksimum, air rendaman lemon yang terbaik adalah dengan kulitnya sekali..bukan isi lemon sahaja.

Jangan membuang lemon yang berlebihan

Kita selalunya akan menghiris sebahagian buah lemon sahaja untuk satu-satu masa minuman, kan? Jangan membazir membuang lemon yang berlebihan itu. Simpan dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian sebab khasiat lemon takkan berubah walaupun nampak kering tau!

Jom detox lemon! 😊 Anda juga boleh klik sini untuk Senaman Mudah Kuruskan Badan di Pejabat.

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)




Post a Comment

0 Comments